Minda Pekerja
Kejayaan tidak diukur dengan 'berjaya menukar sesiapa' tetapi diukur dengan 'berjaya menukar apa yang di dalam diri'
Salam,
Sepanjang musim PRU13 mari kita hadam tawaran dari manifesto Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional tentang dasar automotif yang membawa kepada penurunan harga kereta. untuk memudahkan, saya rujukkan saja kepada link-link tertentu jika tidak sempat membuat analisa. Terima kasih
Wednesday, March 5, 2014
Sunday, September 22, 2013
LABOUR BULLETIN: MALAYSIA - MTUC Claims Employers Short Charging Wo...
LABOUR BULLETIN: MALAYSIA - MTUC Claims Employers Short Charging Wo...: PETALING JAYA, Sept 22 (Bernama) -- Some errant employers are short charging their workers by including allowances, commissions and other pe...
Monday, April 29, 2013
PERUTUSAN SEMPENA HARI PEKERJA
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.
1 Mei datang lagi. Tahun 2013 ini Hari Pekerja di Malaysia disambut pada Rabu, bersamaan 20 Jamadil Akhir 1434 Hijrah. Ia merupakan kali ke-34 cuti umum sempena Hari Pekerja disambut oleh golongan pekerja di Malaysia setelah Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia mengumumkan tanggal 1 Mei sebagai hari kelepasan am bagi pekerja di Malaysia.
Pekerja adalah merupakan aset negara yang penting, yang perlu dijaga, dipelihara dan dilindungi. Justeru itu saya amat yakin Manifesto Pakatan Rakyat yang bertemakan MANIFESTO RAKYAT , PAKATAN HARAPAN RAKYAT akan memberi tawaran yang lebih baik kepada pekerja di negara ini, khususnya di Negeri Sembilan.
Antara isi kandungan Manifesto Pakatan Rakyat yang berkaitan dengan pekerja adalah seperti berikut :
1. Pakatan Rakyat akan memperkenalkan program bersepadu untuk memastikan 1 juta peluang pekerjaan baru dibuka untuk rakyat Malaysia dengan mengurangkan 1 juta buruh asing secara berperingkat menjelang tahun kelima memegang tampuk kuasa.
2. Di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat dengan pengenalan gaji minima, setiap pekerja akan dibayar sekurang-kurangnya RM1,100 sebulan.
3. Tabung Permudah Pelaksanaan Gaji Minima berjumlah RM2 bilion akan diwujudkan bertujuan memberi insentif automasi dan geran pelaksanaan gaji minima kepada syarikat-syarikat yang layak bagi memjamin jumlah pekerjaan tidak terjejas dengan pelaksanan gaji minima.
4. Hubungan kesatuan sekerja dan majikan seringkali disukarkan oleh kecenderongan kerajaan berpihak kepada majikan. Pakatan Rakyat percaya bahawa kemakmuran ekonomi negara ditentukan bersama oleh golongan pekerja dan majikan. Suasana yang adil dan telus kepada golongan pekerja dan majikan akan meningkatkan produktiviti.
Pakatan Rakyat akan menghapuskan semua undang-undang dan peraturan yang berat sebelah dan menindas golongan pekerja.
5. Jalur pendapatan (income band) yang digunakan bagi tujuan cukai peribadi akan dirombak untuk menggambarkan kedudukan ekonomi semasa rakyat. Jalur pendapatan akan dilebarkan agar kadar cukai 26% kini hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,000 ke atas, berbanding RM250,000 sekarang. Ini bertujuan menggambarkan realiti kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat.
Selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, saya percaya dengan kerjasama erat antara PKR dan DAP di negeri ini dalam Pakatan Rakyat, nasib para pekerja di negeri ini akan lebih terbela sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan negeri selepas PRU-13 nanti.
"Selamat Menyambut Hari Pekerja".
Terima kasih.
HJ. MOHAMAD TAUFEK BIN ABD GHANI
PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN
SUARA PEKERJA MUDA : Subramaniam akan hadapi "kesukaran" dalam PRU13 di...
SUARA PEKERJA MUDA : Subramaniam akan hadapi "kesukaran" dalam PRU13 di...: Bekas menteri Sumber Manusia,Dato' Seri Dr. S.Subramaniam berkemungkinan akan menghadapi saat getir dalam karier politiknya dalam piliha...
Wednesday, April 24, 2013
SUARA PEKERJA MUDA : Calon PRU13 perlu mengiktiraf Manifesto Pekerja un...
SUARA PEKERJA MUDA : Calon PRU13 perlu mengiktiraf Manifesto Pekerja un...: Hari ini Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia(MTUC) telah membentangkan 9 tuntutan utama dalam manifesto pekerja bagi diiktiraf oleh calon yang...
Tuesday, April 23, 2013
siasah.saifulislam.com: Jangan Bernostalgia Dengan Kenangan
siasah.saifulislam.com: Jangan Bernostalgia Dengan Kenangan: Dalam membuat pendirian di dalam pilihanraya, kita tidak perlu bernostalgia, dibuai kenangan dan perasaan. Bukan sahaja kenangan-kenanga...
Monday, April 22, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)