Kejayaan tidak diukur dengan 'berjaya menukar sesiapa' tetapi diukur dengan 'berjaya menukar apa yang di dalam diri'
Salam,
Sepanjang musim PRU13 mari kita hadam tawaran dari manifesto Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional tentang dasar automotif yang membawa kepada penurunan harga kereta. untuk memudahkan, saya rujukkan saja kepada link-link tertentu jika tidak sempat membuat analisa. Terima kasih
Sunday, September 22, 2013
LABOUR BULLETIN: MALAYSIA - MTUC Claims Employers Short Charging Wo...
LABOUR BULLETIN: MALAYSIA - MTUC Claims Employers Short Charging Wo...: PETALING JAYA, Sept 22 (Bernama) -- Some errant employers are short charging their workers by including allowances, commissions and other pe...
Monday, April 29, 2013
PERUTUSAN SEMPENA HARI PEKERJA
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.
1 Mei datang lagi. Tahun 2013 ini Hari Pekerja di Malaysia disambut pada Rabu, bersamaan 20 Jamadil Akhir 1434 Hijrah. Ia merupakan kali ke-34 cuti umum sempena Hari Pekerja disambut oleh golongan pekerja di Malaysia setelah Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia mengumumkan tanggal 1 Mei sebagai hari kelepasan am bagi pekerja di Malaysia.
Pekerja adalah merupakan aset negara yang penting, yang perlu dijaga, dipelihara dan dilindungi. Justeru itu saya amat yakin Manifesto Pakatan Rakyat yang bertemakan MANIFESTO RAKYAT , PAKATAN HARAPAN RAKYAT akan memberi tawaran yang lebih baik kepada pekerja di negara ini, khususnya di Negeri Sembilan.
Antara isi kandungan Manifesto Pakatan Rakyat yang berkaitan dengan pekerja adalah seperti berikut :
1. Pakatan Rakyat akan memperkenalkan program bersepadu untuk memastikan 1 juta peluang pekerjaan baru dibuka untuk rakyat Malaysia dengan mengurangkan 1 juta buruh asing secara berperingkat menjelang tahun kelima memegang tampuk kuasa.
2. Di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat dengan pengenalan gaji minima, setiap pekerja akan dibayar sekurang-kurangnya RM1,100 sebulan.
3. Tabung Permudah Pelaksanaan Gaji Minima berjumlah RM2 bilion akan diwujudkan bertujuan memberi insentif automasi dan geran pelaksanaan gaji minima kepada syarikat-syarikat yang layak bagi memjamin jumlah pekerjaan tidak terjejas dengan pelaksanan gaji minima.
4. Hubungan kesatuan sekerja dan majikan seringkali disukarkan oleh kecenderongan kerajaan berpihak kepada majikan. Pakatan Rakyat percaya bahawa kemakmuran ekonomi negara ditentukan bersama oleh golongan pekerja dan majikan. Suasana yang adil dan telus kepada golongan pekerja dan majikan akan meningkatkan produktiviti.
Pakatan Rakyat akan menghapuskan semua undang-undang dan peraturan yang berat sebelah dan menindas golongan pekerja.
5. Jalur pendapatan (income band) yang digunakan bagi tujuan cukai peribadi akan dirombak untuk menggambarkan kedudukan ekonomi semasa rakyat. Jalur pendapatan akan dilebarkan agar kadar cukai 26% kini hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,000 ke atas, berbanding RM250,000 sekarang. Ini bertujuan menggambarkan realiti kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat.
Selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, saya percaya dengan kerjasama erat antara PKR dan DAP di negeri ini dalam Pakatan Rakyat, nasib para pekerja di negeri ini akan lebih terbela sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan negeri selepas PRU-13 nanti.
"Selamat Menyambut Hari Pekerja".
Terima kasih.
HJ. MOHAMAD TAUFEK BIN ABD GHANI
PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN
SUARA PEKERJA MUDA : Subramaniam akan hadapi "kesukaran" dalam PRU13 di...
SUARA PEKERJA MUDA : Subramaniam akan hadapi "kesukaran" dalam PRU13 di...: Bekas menteri Sumber Manusia,Dato' Seri Dr. S.Subramaniam berkemungkinan akan menghadapi saat getir dalam karier politiknya dalam piliha...
Wednesday, April 24, 2013
SUARA PEKERJA MUDA : Calon PRU13 perlu mengiktiraf Manifesto Pekerja un...
SUARA PEKERJA MUDA : Calon PRU13 perlu mengiktiraf Manifesto Pekerja un...: Hari ini Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia(MTUC) telah membentangkan 9 tuntutan utama dalam manifesto pekerja bagi diiktiraf oleh calon yang...
Tuesday, April 23, 2013
siasah.saifulislam.com: Jangan Bernostalgia Dengan Kenangan
siasah.saifulislam.com: Jangan Bernostalgia Dengan Kenangan: Dalam membuat pendirian di dalam pilihanraya, kita tidak perlu bernostalgia, dibuai kenangan dan perasaan. Bukan sahaja kenangan-kenanga...
Monday, April 22, 2013
Thursday, April 11, 2013
Wednesday, April 10, 2013
RAFIZI: Tan Sri Muhyiddin Yassin Tidak Faham Struktur Cukai Kereta
Tan Sri Muhyiddin Yassin Tidak Faham Struktur Cukai Kereta On April 10, 2013 · 3Comments
Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional bahawa harga kereta akan turun apabila Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dilaksanakan sepenuhnya membayangkan beliau tidak memahami struktur cukai kereta yang dilaksanakan sendiri oleh Barisan Nasional.
Sekarang pun, AFTA sudah pun dilaksanakan apabila pembelian kereta-kereta yang dikilang di ASEAN tidak dikenakan sebarang cukai import. AFTA dilaksanakan [...]Continue Reading →
Sekarang pun, AFTA sudah pun dilaksanakan apabila pembelian kereta-kereta yang dikilang di ASEAN tidak dikenakan sebarang cukai import. AFTA dilaksanakan [...]Continue Reading →
Saturday, March 9, 2013
Labour forum for Malaysian IndustriALL affiliates | Industriall
28.02.2013 IndustriALL Global Union affiliates in Malaysia gathered for a Labour Forum on 25 and 26 February 2013 identifying common problems and a platform for joint activities in the country.
The first day of the forum held in Petaling Jaya, was an open session for affiliates and potential affiliates in Malaysia bringing together 28 trade union leaders representing 14 organizations, 7 of which are affiliated to IndustriALL.
The meeting as an opportunity for the various trade unions to discuss the current issues of the labour movement. Those participating were unified in the view that the prevailing labour law in the country was designed to weaken, bust and crash the existing unions in Malaysia.
Similarly, the government is systematically discouraging the formation of unions by allowing employers to challenge the competency of unions and by ensuring that the workers will not be able to comply with the 50 per cent workplace representation requirements for union recognition.
According to statistics, there are 80,000 unionized workers out of a workforce of 3 million. This figure has been stagnant for more than 10 years. The other priority issues the unions at the meeting identified in addition to organizing were low wages and precarious employment.
On the second day, only those unions affiliated to IndustriALL Global Union attended and decided to form the IndustriALL Malaysian Council. The unions appointed Bro. Rajasekaran (MIEU) and Bro. Gopal (NUTEIW) as coordinators of the group who will initiate the first meeting of the affiliates to formalize the discussion on the proposed structure to be held sometime in April. It was agreed that the strategy going forward would be to determine education programs based on need and in consultation with all affiliates.
The affiliates recognize that IndustriALL will be very effective in initiating global pressure on government and employers to respect the rights of workers around the world. The affiliates also decided to seek the assistance of IndustriALL in mounting international pressure on the government and employers to respect freedom of association.
The affiliates expressed high hope that in the IndustriALL Malaysian Council, they will be able to protect the rights of the workers by working together to counter the prevailing hostile environment for trade unions in Malaysia. It’s the only way!
Thursday, March 7, 2013
Wednesday, January 30, 2013
KAK LIMAH KEMBALI-kemaskini

Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit Tampil Kelainan
Hantu Kak Limah 2 tampil jin hantu toncit hargai P. Ramlee
Salam Semua,
Hantu Kak Limah 2 tampil jin hantu toncit hargai P. Ramlee
Salam Semua,
Sebenarnya siri filem abang Mamat ni bukanlah yang paling saya suka tetapi banyak sebab untuk menyukai filem abang Mamat di saat kebanjiran filem khurafat dan vandalisme yang tak tertahankan di negara kita ini.(bikin masyarakat tak tentu punca). Saya suka mengikuti bagaimana 'keluarga Kampung Pisang' ni berkembang .
Filem ini pun(yang dishooting semasa Hantu Kak Limah Balik Rumah masih di pawagam) merupakan penampilan Pak Abu yang terakhir(Al-Fatihah)
Cakap banyak pun tak guna sebab belum tengok lagi. Wawancara di bawah adalah beberapa sisi yang saya maksudkan. Trailer? Cari sendiri ye.
Jangan lupa ruang komen kat bawah tu
Tuesday, January 29, 2013
ALAHAI PENGUMUMAN PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 DAN KENAIKAN GAJI TAHUNAN 2013-UPDATED
Salam Semua,
Berikut saya dapat satu contoh pengumuman perlaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012 oleh sebuah syarikat gergasi di negeri kaya(kalau tahu tu diam-diam saja). Fahami dulu kandungannya, kemudian ulaslah. Ulasan tuan rumah lambat sikit lah.
Tahu tak macam mana nak ulas? Klik kat 'comments' kat bawah tu
Tahu tak macam mana nak ulas? Klik kat 'comments' kat bawah tu
From: SyarikatKitaCom
Sent: Tuesday, January 29, 2013 4:47 PM
To: ALL SyarikatKita; ALL SyarikatKita TANJUNG Malar; SYARIKATKITA Sebar Sdn.
Sent: Tuesday, January 29, 2013 4:47 PM
To: ALL SyarikatKita; ALL SyarikatKita TANJUNG Malar; SYARIKATKITA Sebar Sdn.
Bhd.,SYARIKATKITA Besi Keping (M) Sdn. Bhd., SYARIKATKITA Pusat Alat Ganti Sdn. Bhd
Subject: SyarikatKitaCom:
PENGUMUMAN PERINTAH GAJI MINIMUM
2012 DAN KENAIKAN GAJI TAHUNAN 2013
Importance: High
Importance: High
SYARIKATKITACOM
PENGUMUMAN
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa pada 12hb
November 2012 yang lalu, Jawatankuasa Pengurusan (MANCO) SYARIKATKITA telah
meluluskan cadangan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum bagi semua Sektor di
dalam SYARIKATKITA sebagai mematuhi perintah berikut.
Untuk makluman semua, Pengurusan Kumpulan SYARIKATKITA
akan melaksanakan Perintah Gaji Minimum yang berkuatkuasa pada 1hb Januari 2013
dan Kenaikan Gaji Tahunan 2013 bagi kakitangan yang terlibat seperti berikut:-
1.
Perintah Gaji Minimum 2012 (PGM 2012)
Pelarasan gaji akan dibayar pada gaji
bulan Januari 2013 kepada semua kakitangan yang bergaji pokok di bawah RM1,200
sebulan di syarikat-syarikat berikut:-
a) SYARIKATKITA Sdn Bhd
b) SYARIKATKITA Tanjung Malar Sdn. Bhd
c) SYARIKATKITA Sebar Sdn.
Bhd.
d) SYARIKATKITA Besi Keping
(M) Sdn. Bhd.
e) SYARIKATKITA Pusat Alat
Ganti Sdn. Bhd
Surat pemberitahuan mengenai pengiraan
jumlah pelarasan gaji akan diedarkan kepada semua kakitangan yang terlibat pada
penghujung bulan Januari 2013.
2.
Kenaikan Gaji Tahunan 2013 bagi Kakitangan Bukan Eksekutif
Untuk makluman, pembayaran kenaikan gaji
tahunan 2013 untuk kakitangan SYARIKATKITA Sdn Bhd, SYARIKATKITA Tanjung Malar Sdn. Bhd and SYARIKATKITA Pusat Alat Ganti Sdn. Bhd yang
berkuatkuasa pada 1hb Januari 2013 akan dibayar pada gaji bulan Januari
2013. Manakala bagi kakitangan di SYARIKATKITA Sebar Sdn. Bhd. dan SYARIKATKITA Besi Keping (M) Sdn. Bhd., pembayaran
kenaikan gaji tahunan yang berkuatkuasa pada 1hb April 2013 akan dibayar pada
gaji bulan April 2013.
Dengan pembayaran ini, bagi pihak
pengurusan, saya mengucapkan terima kasih kepada tuan/puan di atas segala
komitmen dan dedikasi dalam menjalankan tugas. Saya yakin dengan usaha gigih
dan disiplin yang tinggi serta berpegang teguh kepada nilai-nilai murni
Syarikat, kita akan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada tahun 2013.
Yang benar,
DWEN BOSLAR DWEN BABA
Pengarah
Sumber Manusia Kumpulan
Dengarnyer, minggu lepas HR syarikat ni dah jumpa union dia, beritahu kata nak bagi berapa pelarasan gaji minima. Bila union tak puas hati, dia panggil budak-budak. Budak-budak pun hangin satu badan dan cadang tindakan. Ini semua menguji kesepaduan ahli la ni.
Alih-alih memo yang keluar tak sebut pun berapa. Segan kot
Dengarnyer, minggu lepas HR syarikat ni dah jumpa union dia, beritahu kata nak bagi berapa pelarasan gaji minima. Bila union tak puas hati, dia panggil budak-budak. Budak-budak pun hangin satu badan dan cadang tindakan. Ini semua menguji kesepaduan ahli la ni.
Alih-alih memo yang keluar tak sebut pun berapa. Segan kot
Sunday, January 27, 2013
GAJI MINIMA: PENSTRUKTURAN SEMULA GAJI YANG TIDAK MAMPU MENGHARMONIKAN PERUSAHAAN
Salam Semua,
- Banyak union yang berasa kesal dengan cara majikan masing-masing menstrukturkan semula gaji pekerja selepas perlaksanaan Perintah Gaji Minima 2012. Sudahlah cadangan dan proposal mereka ditolak dengan pelbagai alasan ekonomi yang tidak dapat diterima. Kadar yang ditetapkan pun tak setimpal dan pekerja senior pun diketepikan dalam penstrukturan gaji minima ini.
- Ada syarikat yang bertimbang rasa meluluskan penstrukturan semula gaji pekerja dengan memberi pelarasan gaji sebanyak RM150 bagi semua pekerja mereka yang rata-rata bekerja di kilang itu. Alhamdulillah, moga Allah berkati syarikat tuan.
- Ada juga yang memberi pelarasan gaji sebanyak RM50 bagi semua pekerja. Ada yang bagi kenaikan tahunan macam setiap tahun saja(tiada perubahan lah tu!)
- Tapi ada satu syarikat yang 'demam tak kebah' ni dengan isu pelarasan gaji minimanya yang tersendiri.
- Setelah berunding hampir sebulan dengan unionnya tentang penstrukturan semula gaji maka akhirnya kebuntuan pun melanda. Apa tidaknya, hanya pekerja yang bergaji di bawah RM900 hingga RM1200 saja yang bakal distruktur semula. Bagaimana dengan pekerja senior? 'Mereka tidak terlibat dengan Perintah Gaji Minima'. Mudahnya.
- Lagi yang membuatkan pekerja-pekerja marah ialah majikan mereka ni asyik kata 'tengah sesak, tenat dan tak mampu'(bahasa bisnenya: rasionalisasi) tapi menaja macam-macam acara nasional. Bila union jelaskan begitu kepada pekerja, syarikat tak setuju pulak, malu katanya.
- Entahlah, denganrnya kawan-kawan berdekatan dan mula berpiket di tepi jalan, tunggu masa saja mereka pulak nak ke jalan raya.
- Inilah yang dikatakan penstrukturan gaji yang tidak mampu membawa harmoni disebabkan syarikat yang berkeras mahu 'rasionalisasi'. Macam rasionalisasi harga petrol pulak. Nanti Usop Wilcha kata, 'kita bakor je!' Kak Limah kembali ke pawagam Februari nanti kan?
Subscribe to:
Posts (Atom)