Salam,

Sepanjang musim PRU13 mari kita hadam tawaran dari manifesto Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional tentang dasar automotif yang membawa kepada penurunan harga kereta. untuk memudahkan, saya rujukkan saja kepada link-link tertentu jika tidak sempat membuat analisa. Terima kasih

Sunday, January 27, 2013

GAJI MINIMA: PENSTRUKTURAN SEMULA GAJI YANG TIDAK MAMPU MENGHARMONIKAN PERUSAHAAN

Salam Semua,


  • Banyak union yang berasa kesal dengan cara majikan masing-masing menstrukturkan semula gaji pekerja selepas perlaksanaan Perintah Gaji Minima 2012. Sudahlah cadangan dan proposal mereka ditolak dengan pelbagai alasan ekonomi yang tidak dapat diterima. Kadar yang ditetapkan pun tak setimpal dan pekerja senior pun diketepikan dalam penstrukturan gaji minima ini.
  • Ada syarikat yang bertimbang rasa meluluskan penstrukturan semula gaji pekerja dengan memberi pelarasan gaji sebanyak RM150 bagi semua pekerja mereka yang rata-rata bekerja di kilang itu. Alhamdulillah, moga Allah berkati syarikat tuan.
  • Ada juga yang memberi pelarasan gaji sebanyak RM50 bagi semua pekerja. Ada yang bagi kenaikan tahunan macam setiap tahun saja(tiada perubahan lah tu!)
  • Tapi ada satu syarikat yang 'demam tak kebah' ni dengan isu pelarasan gaji minimanya yang tersendiri.
  • Setelah berunding hampir sebulan dengan unionnya tentang penstrukturan semula gaji maka akhirnya kebuntuan pun melanda. Apa tidaknya, hanya pekerja yang bergaji di bawah RM900 hingga RM1200 saja yang bakal distruktur semula. Bagaimana dengan pekerja senior? 'Mereka tidak terlibat dengan Perintah Gaji Minima'. Mudahnya. 
  • Lagi yang membuatkan pekerja-pekerja marah ialah majikan mereka ni asyik kata 'tengah sesak, tenat dan tak mampu'(bahasa bisnenya: rasionalisasi) tapi menaja macam-macam acara nasional. Bila union jelaskan begitu kepada pekerja, syarikat tak setuju pulak, malu katanya.
  • Entahlah, denganrnya kawan-kawan berdekatan dan mula berpiket di tepi jalan, tunggu masa saja mereka pulak nak ke jalan raya.
  • Inilah yang dikatakan penstrukturan gaji yang tidak mampu membawa harmoni disebabkan syarikat yang berkeras mahu 'rasionalisasi'. Macam rasionalisasi harga petrol pulak. Nanti Usop Wilcha kata, 'kita bakor je!' Kak Limah kembali ke pawagam Februari nanti kan?  

No comments: