Salam,

Sepanjang musim PRU13 mari kita hadam tawaran dari manifesto Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional tentang dasar automotif yang membawa kepada penurunan harga kereta. untuk memudahkan, saya rujukkan saja kepada link-link tertentu jika tidak sempat membuat analisa. Terima kasih

Monday, June 13, 2011

CERITA SAKIT PADA HARI CUTI

4 Jun(Sabtu) lepas adalah hari cuti umum. Ramai yang mengambil peluang bercuti panjang sebab hari Isnin berikutnya adalah hari cuti ganti di syarikat masing-masing. Bagi yang kaki OT(kerja lebih masa) sudah tentu tidak melepaskan peluang memenuhi tugasan, datang bekerja pada hari Sabtu itu – bayaran berganda beb! Tapi yang saya nak sentuh ni ialah tentang pekerja yang mendapat cuti sakit pada hari cuti umum itu. Ada berlaku apa-apakah? Haa.. ramai yang tak tahu(kerana tak dapat tahu, tak sangka atau terlupa) bahawa pekerja yang mendapat cuti sakit semasa cuti umum akan mendapat cuti gantian berbayar. Kalau hospitalisasi? Itu kategori MC jugakkan?.. Bolehlah semak pada 60D(1B) Akta Kerja1955 fasal Cuti Umum dan yang paling penting, apa kata CA(Collective Agreement) anda?

Saya kemukakan sedikit sedutan undang-undang pada akta berkaitan dan penjelasannya, juga contoh petikan CA.

Contoh persoalan:

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya seseorang kakitangan bercuti sakit pada hari kelepasan am yang diwartakan atau mendapat cuti sakit sewaktu sedang bercuti?

Syarikat hendaklah menggantikan semula cuti am tersebut dengan 1 hari lain sebagai cuti berbayar menggantikan cuti tersebut


Undang-undang Pekerjaan: Huraian dan Panduan Terhadap Akta Kerja 1955 oleh Hapriza Ashari, Malaysia

EMPLOYMENT ACT 1955 - PART XII - REST DAYS, HOURS OF WORK, HOLIDAYS AND OTHER CONDITIONS OF SERVICE

Holiday

60D(1B)

And provided further that the employer may grant the employee any other day as a paid public holiday in substitution for any of the public holidays referred to in paragraph (1)(b).

(1B) Where any of the public holidays or any other day substituted there for as provided in subsection (1) or (1A) falls within the 48 Laws of Malaysia ACT 265 period during which an employee is on sick leave or annual leave to which the employee is entitled under this Act, or falls during the period of temporary disablement under the Workmen’s Compensation Act 1952, or under the Employees Social Security Act 1969, the employer shall grant another day as a paid holiday in substitution for such public holiday or the day substituted there for.

PENJELASAN:

HARI KELEPASAN BERTINDIH DENGAN CUTI SAKIT ATAU CUTI TAHUNAN

Seksyen 60D(1B) menjelaskan sekiranya mana-mana hari kelepasan am itu atau mana-mana hari lain yang digantikan kepadanya sebagai mana yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) atau (1A) jatuh dalam tempoh di mana pekerja sedang cuti sakit atau cuti tahunan yang mana pekerja itu berhak di bawah Akta ini, atau jatuh dalam jangka masa tempoh tidakupayaan sementara di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 atau di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, majikan hendaklah member hari yang lain sebagai ganti hari kelepasan am atau hari yang digantikan itu.

Misalannya, seorang pekerja telah mendapat cuti sakit bertarikh 1 Mei bersamaan dengan Hari Pekerja. Dalam situasi ini, majikannya perlu menggantikan hari kelepasan tersebut kepada hari lain.

Dalam kes Malaysian Airline Systems (MAS) lwn. Nahaza Ahmad bin Abdul Salam, pekerja telah diberi satu hari cuti sakit oleh doctor gigi bertarikh 8 Mac 1989 yang mana hari tersebut juga merupakan hari kelepasan. Pada keesokan hari, pekerja telah tidak hadir kerja atas alasan hari kelepasan jatuh dalam tempoh beliau cuti sakit maka beliau layak kepada cuti sebagai ganti pada 9 Mac. Dalam kes ini, Mahkamah Perusahaan memutuskan pekerja tidak layak mengambil 9 Mac sebagai ganti kepada hari kelepasan yang jatuh pada cuti sakit. Seksyen 60D(1B) tidak menyatakan pekerja boleh secara automatic mengambil cuti pada hari bekerja berikutnya sebagai ganti. Sungguhpun begitu, majikan hendaklah member hari lain sebagai ganti hari kelepasan dan penetapan hari ganti itu mesti dipersetujui antara majikan dengan pekerja.

Contoh: Perjanjian Bersama Kesatuan ABC dengan Syarikat XYZ

CUTI AM YANG DIWARTAKAN

Sekiranya mana-mana cuti am yang dipakai oleh Syarikat itu jatuh pada hari seseorang pekerja itu sedang mengambil cuti sakit, cuti tahunan, atau cuti ihsan (hanya membabitkan cuti ihsan kerana kematian, perkahwinan, atau kelahiran anak), atau jatuh pada masa seorang pekerja itu sedang mengalami hilang upaya sementara di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 atau di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (PERKESO), Syarikat hendaklah member satu hari lain sebagai cuti bergaji bagi menggantikan cuti am tersebut.

No comments: