Saya ada lihat sebuah in-house union (dalam anak syarikat) kecil dalam sebuah Holdings yang gergasi. Dah la CA dia tak ade terma tentang contractual bonus hatta setengah bulan pun, cuma sentuh insentif yang terpulang kepada keuntungan syarikat(nak kira untung anak syarikat yang dia meterai CA atau untung Holdings yang anak syarikat tu berada dalam?).
- Jadinya setiap kali Holdings dia umum keuntungan tahunan/AMP maka dia(union itu) pun pening kepala nak challange insentif sebab tiada kepastian - sebulankah? Dua bulankah? Atau tiada insentif langsung? Ahli dia nak sebanyak mungkin sebab production tak renti apa..(union depa ni cover ahli di bahagian pengeluaran) Dia pulak pening sebab nak kira macam mana? inilah dilema union yang pegawainya tak nampak sebab lali dah..
- Dalam hal ini, hakikatnya syarikat dia punya kuasa mutlak nak bagi berapa bulan insentif. Union dipanggil berbincang hanya untuk jaga hubungan baik saja(elok la macam tu, syarikat pandai ambil hati, dah memang tak ada dalam CA), kemudian untuk justify kenapa dia nak bagi sekian bulan dan kalau ikutkan merit pula dia bagi union ruang untuk pembahagian mengikut merit. Bahasa pasarnya 'Union pilih la siapa yang patut dapat 1.0, 0.75, 0.5 dan 0.25'(darab bulan insentif yang dia nak bagi). Dilema lagi..
- Dalam konteks dan latar belakang pembayaran insentif kepada pekerja dalam anak syarikat yang mengambilkira keuntungan keseluruhan Holdings ini, saya lihat union dalam anak syarikat tersebut boleh kemukakan faedah(insentif) baru kepada syarikatnya sebagai tambahan kepada insentif mutlak hak syarikat tersebut. Antaranya insentif dan penghargaan untuk produktiviti, pengeluaran yang cemerlang. Ini penting terutama dalam syarikat besar yang productionnya sentiasa meningkat vs kerja lebih masa yang mengurang/terkawal tetapi dengan keuntungan keseluruhan yang naik turun kerana pelaburan, naik taraf dan pengembangan bisnes. Pekerja pengeluaran tersebut harus dihargai kerana kerjanya beres, OTnya kurang, salesnya meningkat. Yang mengurangkan untung adalah SYARIKAT/PENGURUSAN (kerana KEBIJAKSANAAN mereka).
- Company is company, tapi union berkenaanlah yang harus meningkatkan daya usaha saing(boleh guna 'usaing' tak?) dan idea baru seiring perkembangan semasa untuk mencadangkan kepada syarikat mereka tentang perkara di atas(sebagai contoh, banyak lagi yang patut difikirkan)
- Pegawai kesatuan jangan hanya berasa selesa dangan apa yang ada kerana jika melihat keluar( union di syarikat lain, yang berjaya), banyak pembaharuan dalam skim perkhidmatan, kebajikan dan pembangunan dapat dilaksanakan. Pegawai kesatuan juga jangan memandang remeh kepada usaha penambahbaikan dalam kesatuan dan masa depan ahlinya.
Akhir kata, selamat maju jaya kepada para pegawai kesatuan yang sedang dalam rundingan insentif dengan majikan masing-masing. Kepada pihak majikan, ingatlah bahawa pekerja yang senang hati adalah permata paling berharga dalam rantaian kejayaan syarikat anda(dan diri anda juga apabila dapat Dato', Tan Sri segala..).
1 comment:
cakap biaq betul
Post a Comment